Rabu, 24 Februari 2010

JIWA BESAR : IMAGINASI TERPIMPIN

"Kita kena berjiwa besar. Kita tidak mahu hanya menjadi seperti burung kakak tua yang bercakap dalam sangkar emas, tetapi jadilah seperti pohon balak dalam hutan belantara. Para Daie perlu bercita-cita besar." Kata-kata daripada seorang Ustaz.

IMAGINASI

Tertarik pada kata-kata Albert Einstein :

"Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world"


Menurut pakar psikologi, mereka yang berimaginasi adalah mereka yang berjaya menggerakkan minda separa sedar. Ada dibahaskan, manakah yang lebih baik antara Mat Jenin dan Kassim Selamat (saya kira, pembaca tahu cerita-cerita ini). Walaupun Kassim Selamat adalah seniman yang dilihat lebih hebat dari Mat Jenin, namun kelebihan Mat Jenin ialah kerana dia menggerakkan minda separa sedar dengan berimaginasi. Ianya lebih baik dari Kassim Selamat yang seolah-olah tidak mempunyai halatuju kerana berputus asa. Asalnya celik, kemudian buta. Apabila mendapat kembali nikmat celiknya, dia mencucuk matanya sendiri sehingga buta kembali. Namun, ini hanya cerita.....

Sesuatu perkara yang hendak dilakukan perlu mempunyai matlamat sebagai sasaran. Dalam Islam sendiri, Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith :

"Setiap amalan adalah dengan niat"



Begitu juga apa yang dipilih oleh Stephen R. Covey dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People". Beliau memilih salah satu tabiat dalam huraiannya melalui buku tersebut iaitu

"Begin with end in mind"

Dengan itu, jelas kepada kita betapa pentingnya imaginasi dalam mendorong tindakan kita sebagai manusia.

IMAGINASI TERPIMPIN

Tidak cukup dengan hanya berimaginasi sekiranya tanpa perancangan dan pergerakan. Saidina Ali pernah menyatakan :

"Kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan"

Atas hakikat inilah, dalam organisasi perlu adanya pelan strategik untuk mencapai dan melaksanakan tindakan. Ianya dijayakan dengan managment by objective (MBO). Justeru, gerakan Islam pada hari ini perlu mengambil berat soal pengurusan dalam pentadbiran. Perlunya memiliki matlamat yang jelas, cita-cita tinggi serta perancangan rapi agar imiainasi tidak hanya tinggal imiginasi.

Bersama kita menyusun langkah, bergerak dengan momentum luar biasa untuk mencapai imaginasi yang terhebat.

"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"

by : Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, - EX-DQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan