Jumaat, 9 Julai 2010

Selamat Kembali Ke Kampus...


Detik masa terus berlalu, cuti semester 2010 telah pun tiba di penghujungnya. Telah tiba masanya untuk kembali ke medan tempur, pertempuran bersenjatakan pena dan minda melayari lautan ilmu dengan bahtera mujahadah. Begitu pantas masa berlalu, dan yang pastinya ia tidak akan kembali lagi. Persoalannya ke mana ia telah kita pergunakan? Semuanya pasti akan dipertanggungjwaban di sisi Allah kelak...
Nilai Masa di Sisi Seorang Muslim..

Rasulullah s.a.w. bersabda :


" نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس , الصحة والفراغ "

Bermaksud :
“Dua nikmat yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia iaitu masa sihat dan masa lapang.” (HR. al-Bukhari)

Kata seorang Penyair :
“Masa amat bernilai selagi engkau berhati-hati menjaganya. Aku lihat ia adalah perkara yang paling mudah lenyap jika di lalaikan.

Keperhatinan Para Sahabat dan salaf as-Soleh terhadap waktu melalui ungkapan mutiar kata yang terpacul dari mulut mereka, antaranya :
“Antara tanda kebencian Allah terhadap seseorang hamba ialah dia membuang masa.”
“Sesiapa yang pada hati ini sama saja dengan hari semalamnya, maka dia seorang yang lalai, dan sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada hari semalamnya, maka dia seorang yang dicela.”
Hasan al-Basri :
“Wahai manusia! Sesungguhnya diri engkau ibarat beberapa hari. Apabila berlalunya satu hari maka hilanglah sebahagian daripada diri engkau. Amatlah dikhuatiri sekiranya hilang sebahagian akan hilang pula keseluruhannya. Engkau sekarang sudah pun mengetahui perkara ini maka beramallah.”
Ibnu Mas’ud r.a. :
“Tiada apa yang lebih aku kesalkan daripada hari yang berlalu, sedangkan ajalku semakin hampir tetapi amalan aku tidak bertambah.”

Justeru, bersempena dengan tibanya sesi baru pengajian pada kali ini mari kita sama-sama merenung, bermuhasahabah dan seterusnya merencana agar masa yang ada tidak terbuang tanpa meraih kebaikan padanya dunia mahupun akhirat.

Selamat Kembali, dan Salam Mujahadah Buat Semua Sahabat-sahabat…