Jumaat, 26 Februari 2010

Bicara Kepemimpinan...

Antara Dua Persepsi : Tahniah vs Takziah…

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh..

Salam Muhibbah dan Salam Perjuangan Buat sahabat dan Sahabiah yang dirahmati Allah,

Mungkin ada dikalangan kita yang telah maklum dan mungkin juga ada yang belum maklum atau terlepas pandang mengenai berita yang ingin dikongsikan dalam artikel intelektualsufi.blogspot.com pada kali ini.

Untuk makluman semua, baru-baru ini PERSADA telah menjalankan pilihanraya bagi memilih pimpinan baru sesi 2010/2011. Sebagaimana yang telah maklum ahli bacth kita telah menghantar beberapa orang wakil masuk bertanding yang akhirnya 5 orang daripada wakil kelas kita bakal bergelar pimpinan tidak lama lagi. 2 orang mewakili Majlis Tertinggi dan 3 orang mewakil Exco dan mereka adalah:

Jawatan Majlis Tertinggi :

Mohd Habil bin Ishaq : Yang Di-Pertua

Mohd Nazir bin Saidan : Bendahari Agung


Jawatan Exco :

Mohd Fakrurrazi bin Abdullah : Exco Ekonomi

Mahmud bin Jamaludin : Exco Dakwah & Tarbiyah

Ruzifatini binti Ismail : Timb. Exco Dakwah & Tarbiyah


Harap Maklum…


Perkongsian Buat Semua…

Maksud firman Allah s.w.t. :

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.” (an-Nisa’ : 58)


Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya kepemimpinan adalah merupakan satu alat bukan tujuan. Ianya adalah alat aktif yang dapat menyampaikan kepada tujuan yang hendak dicapai. Oleh kerana itu, kita harus jelas bahawasanya konsep kepemimpinan dalam islam adalah sebagai pengganti atau penerus kepada apa yang telah di bawa dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Memelihara agama Islam dan mengatur urusan dunia dengannya”

Urusan kepemimpinan adalah di antara kewajipan yang besar dalam Islam bahkan Islam tidak akan dapat ditegakkan tanpa adanya kepemimpinan yang benar-benar berlandaskan kepada Islam itu sendiri. Ini kerana matlamat asas agama adalah menarik maslahat dan menolak mudarat ke atas umat manusia. Kemaslahatan umat tidak akan dapat sempurna kecuali dengan bermasyarakat kerana setiap individu dari kalangan kita memerlukan antara satu sama lain, sedangkan sesuatu kelompok masyarakat itu memerlukan pula memerlukan kepada adanya kepemimpinan.


Pesanan dan Ingatan buatmu yang bakal bergelar pemimpin…


Kenapa Tidak Layak?

Saya telah dihubungi melalui SMS oleh seorang sahabat memaklumkan bahawa saya dan beberapa nama lagi yang tersenarai dalam mesej tersebut dipanggil untuk menghadiri perjumpaan dengan mantan pimpinan yang menunjukkan kamilah di antara mereka yang telah terpilih bagi meneruskan sesi kepimpinan yang baru.

Sejurus menerima berita tersebut, hati berdegup kencang apabila mengenangkan al-Kisah Abu Dzar yang meminta diberi jawatan daripada Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah menepuk bahu Abu Dzar sambil berkata : “Hai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah, kekuasaan adalah suatu amanah yang kelak di akhirat akan menyusahkan kecuali orang yang mendapatkannya dengan haknya dan melaksanakan tugasnya (sebaiknya)”.(HR.Muslim)

Seringkali menasihati hati ini agar tidak sekali-kali bercita-cita untuk memegang mana-mana kedudukan dalam kepemimpinan kerana ianya adalah taklif (bebanan tanggungjawab) bukan tasyrif (keistimewaan atau kemuliaan). Kerana itu jugalah kita harus redha dengan apa jua amanah yang bakal diberikan sama ada kamu berada di bawah atau pun berada di atas kerana itu bukanlah masalah utamanya.

Oleh itu, kepada sahabat dan sahabiah yang telah dan bakal diberikan amanah janganlah berasa lemah dan menghina diri kerana ianya akan melahirkan perasaan dan kesan yang kurang baik pada tindak-tanduk kita dikemudian hari, pupuklah “positive thinking” dalam minda kalian. Walaupun amanah ini ada ancamannya namun jangan dilupakan bahawa disebalik ancaman itu ada sebuah harapan yang perlu kita realisasikan agar tidak terjerumus kepada ancaman tersebut… (perhatikan baik-baik hadith Abu Dzar yang telah disebutkan tadi).

Ramai orang yang mengucapkan tahniah atas amanah kepimpinan yang kalian terima , namun saya pula ingin mengucapkan takziah atas sebab :

“sesungguhnya jawatan dan kepimpinan itu adalah amanah yang sangat berat dari Allah SWT. Ia bakal dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Beratnya amanah kepimpinan adalah terlebih berat dari langit dan bumi. Rasulullah menangis di dalam sujud yang panjang kerananya. Khulafa’ Ar Rasyidin menangis dan mengeluh di dalam munajat mereka kerana amanah kepimpinan dan demikian juga para pemimpin umat yang bertaqwa sepanjang zaman, Umar Ibn Abdil Aziz umpamanya.”

Namun, sejujurnya saya tidaklah menginginkan kalian bersedih disebabkan perkara ini. Berusahalah kita untuk melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya. Kerana jika ia dilaksanakan sebaik mungkin, maka bagi para pemimpin pahala dan ganjaran yang besar di akhirat. Taraf kedudukan mereka adalah sama dengan para anbiya’ dan sekalian para solihin. Jika di dalam hadis Rasulullah SAW menyebut ; “Peniaga yang jujur akan duduk di samping para anbiya’ di akhirat kelak” inikan pula para pemimpin yang sanggup mengorbankan segalanya demi ummah dan tercapainya cita-cita agung tertegaknya syariat Allah di muka bumi.


Pesanan Buat Ahli PERSADA…

“Dakwah Islam tidak akan berjaya tanpa adanya organisasi, Organisasi tidak akan dapat berfungsi tanpa ada kepimpinan, kepimpinan pula tidak akan memberi makna tanpa ketaatan daripada anak buahnya.” - Umar Ibn al-Khattab r.a -


Sahabat dan Sahabiah yang disayangi dan dicintai kerana Allah,

Sudikah kalian menjadikan diri kalian bagi kami (pimpinan), sebagaimana ucapan golongan Hawariyyun tatkala Nabi Isa a.s. bertanya kepada umatnya, “Siapakah di kalangan kalian yang akan menolongku pada menegakkan agama Allah ini? Golongan Hawariyyun menjawab, “Kamilah yang akan menolongmu dalam menegakkan agama Allah yang suci ini” begitulah juga yang terdapat dalam kisah-kisah nabi-nabi terdahulu yang diceritakan dalam al-Quran. Setiap daripada mereka ada golongan yang sanggup menolong dan bersama-sama mereka ketika susah mahupun senang.

Ingatkah lagi kalian akan firman Allah s.w.t. :

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan pemimpin di antara kamu..” (an-Nisa’ ; 59)

Mutiara Kata :

“Jika kami dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya ikuti dan bantulah kami, tapi sebaliknya jika kami berada dalam kemaksiatan dan kelalaian, maka ingatkanlah dan nasihatilah kami serta tidak ada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah dan Rasul-Nya.”


Bicara Hati mewakili Para Pimpinan PERSADA 10/11 Ikhwah dan akhwat yang dimuliakan..


Asslamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh…


Inilah risalah pertama yang ingin kami sampaikan kepada kalian, dari posisi yang mana kalian telah memberikan amanah kepada kami, yang pada hakikatnya telah memberikan kepada kami beban yang berat ini; sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Abu Bakar dengan penuh tawadhu’;


وُليت (نا) عليكم ولست(نا) بخيركم، أطيعوني ما أطعت (نا) الله فيكم

“Aku(kami) diberi amanah, padahal aku(kami) bukanlah orang yang terbaik dari kalian, taatlah kepadaku(kami) selama aku(kami) menitahkan kalian untuk taat kepada Allah dalam diri kalian” ..

Dan yang kami harapkan pada itu semua adalah doa kalian; semoga dengan keberkatanNya kita akan menjadi orang yang terbaik sebagaimana yang pernah disebutkan oleh nabi saw:


خير أمرائكم الذين تدعون لهم ويدعون لكم


“Sebaik-sebaik pemimpin kalian adalah yang kalian doakan kebaikan untuk mereka dan mereka mendoakan kebaikan untuk kalian”.


Akhir Kalam,

Sememangnya kepimpinan itu adalah amanah yang bakal dipertanggungjawabkan. Akan tetapi, memelihara dan menjaga keutuhan ummah serta bekerja untuk meneruskan kesinambungan gerak kerja perjuangan dakwah juga adalah satu amanah. Faham saya, jika kita mengetahui bahawa kemudharatan akan berlaku jika kita tidak memegang amanah kepimpinan dengan menyerahkannya kepada orang lain yang lebih lemah dari kita, maka wajiblah kita memegang amanah yang diberikan kepada kita bahkan haram kita membiarkan tampuk kepimpinan dipegang oleh yang lemah.

ketahuilah bahawa kepimpinan yang amat dikehendaki oleh umat adalah kepimpinan yang boleh membawa mereka ke hingga ke syurga Allah SWT. Allah SWT mengutuskan para nabi dengan rancangan untuk memimpin manusia ke syurga Allah SWT serta menjauhkan mereka dari neraka Allah SWT. Maka kepimpinan melaui sebuah organisasi Islam (PERSADA). Masakan kerja memimpin manusia ke syurga tidak layak untuk menerima ucapan tahniah!

“Bergerak Seiring, Meneraju Perubahan”


Khamis, 25 Februari 2010

Ujian Asas Pembudayaan Keusahawanan

Ujian LAGI!!!

Tarikh 1/mac/2010

Masa : 11.00am - 12.00pm

Tempat : Hafsah 04

Antara bab-bab yang kena tengok dan masuk ujian…

1. Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya

2. Kompetensi Keusahawanan

3. Fasa dalam Proses Kreativiti

4. Halangan Kepada Inovasi

5. Halangan dalam Komunikasi

6. Kepentingan Keusahawanan

7. Asas Pengaruh yang Boleh digunakan Strategi Pengaruh Usahawan

8. Di minta agar Pelajar mengulangkaji sendiri tajuk kemahiran memulakan perniagaan dan kemahiran komunikasi

Rabu, 24 Februari 2010

JIWA BESAR : IMAGINASI TERPIMPIN

"Kita kena berjiwa besar. Kita tidak mahu hanya menjadi seperti burung kakak tua yang bercakap dalam sangkar emas, tetapi jadilah seperti pohon balak dalam hutan belantara. Para Daie perlu bercita-cita besar." Kata-kata daripada seorang Ustaz.

IMAGINASI

Tertarik pada kata-kata Albert Einstein :

"Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world"


Menurut pakar psikologi, mereka yang berimaginasi adalah mereka yang berjaya menggerakkan minda separa sedar. Ada dibahaskan, manakah yang lebih baik antara Mat Jenin dan Kassim Selamat (saya kira, pembaca tahu cerita-cerita ini). Walaupun Kassim Selamat adalah seniman yang dilihat lebih hebat dari Mat Jenin, namun kelebihan Mat Jenin ialah kerana dia menggerakkan minda separa sedar dengan berimaginasi. Ianya lebih baik dari Kassim Selamat yang seolah-olah tidak mempunyai halatuju kerana berputus asa. Asalnya celik, kemudian buta. Apabila mendapat kembali nikmat celiknya, dia mencucuk matanya sendiri sehingga buta kembali. Namun, ini hanya cerita.....

Sesuatu perkara yang hendak dilakukan perlu mempunyai matlamat sebagai sasaran. Dalam Islam sendiri, Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith :

"Setiap amalan adalah dengan niat"



Begitu juga apa yang dipilih oleh Stephen R. Covey dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People". Beliau memilih salah satu tabiat dalam huraiannya melalui buku tersebut iaitu

"Begin with end in mind"

Dengan itu, jelas kepada kita betapa pentingnya imaginasi dalam mendorong tindakan kita sebagai manusia.

IMAGINASI TERPIMPIN

Tidak cukup dengan hanya berimaginasi sekiranya tanpa perancangan dan pergerakan. Saidina Ali pernah menyatakan :

"Kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan"

Atas hakikat inilah, dalam organisasi perlu adanya pelan strategik untuk mencapai dan melaksanakan tindakan. Ianya dijayakan dengan managment by objective (MBO). Justeru, gerakan Islam pada hari ini perlu mengambil berat soal pengurusan dalam pentadbiran. Perlunya memiliki matlamat yang jelas, cita-cita tinggi serta perancangan rapi agar imiainasi tidak hanya tinggal imiginasi.

Bersama kita menyusun langkah, bergerak dengan momentum luar biasa untuk mencapai imaginasi yang terhebat.

"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"

by : Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, - EX-DQ.

Selasa, 23 Februari 2010

Peringatan kepada Semua...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Peringatan kepada semua sahabat dan sahabiah mengenai perkara penting dan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan bagi mereka yang belum menyelesaikannya!

1. Assignment Aqidah dan Akhlak (25/02/10- esok)

2. Slide untuk Pembentangan Fiqh Dakwah (bila-bila masa kena sedia)

3. Tugasan individu Asas Pembudayaan Keusahawanan (hantar 8hb mac)

4. Pembentangan Faraidh, bagi yang belum

5. Ujian Tafsir (25/02/10 - esok malam)

6. Kajian Lapangan (APK) : - Nama Syarikat, Jenis perniagaan, Alamat, No tel, dan Present.


Oleh yang demikian kepada mana-mana yang belum menyelesaikan, marilah kita bersama-sama menyelesaikannya. Wallahu a'lam...